首页

霹雳巴里文打新华国民型华文学校 SJK(C) SIN HWA, PARIT BUNTAR, PERAK.

电话: 05 - 7161080
传真: 05 - 7163194
电邮: [email protected]
编号: ABC3048
地址: SJK(C)SIN HWA
34200 PARIT BUNTAR,
PERAK
校训:

礼、义、廉、耻
巴里文打新华小学教育展望

************************

新华全体教职员立志坚持全力以赴教育全体学生、维护纪律培养高尚道德修养,掌握基本读写算及思维技能,以不屈不饶的精神,勇于接受新世纪的挑战。




新华学校校史

本校创于一九一三年。创办人为新华阅书报社社友伍社俊、黄悦、陈罗雄、陈良栋、林云美、黄吉顺、黄贵荣、黄灏昌、刘创记、朱授隆、全启焜、方雪堂、方伯钦等诸贤达。他们是为子孙就学问题而创设新华学校。

        新华学校校址设在本埠河边街十一号店屋。开办基金乃向当地热心人士劝捐二千元,作为购置该店屋为校产,并将吉辇河渡船之收入,充为学校之经费。

        创办时,学生只有三十多人,可是到了一九二七年,学生增到一百二十多人,校长和老师共四位。一九二八年,学生继续增加,校长和老师也增至七位。

        日本南侵,本埠受炸,而学校的一切,也毁于战祸,新华就此停办。

        一九四六年,新华复办。一九四八年,因校务蒸蒸日上,所以学生人数增至三百多人。到了一九五七年,新华学校有学生六百多人,而男女教师也有十九位。因为学生激增,爱护本校之有关人士,有感建校的需要。经过各阶层热心人士的热烈推动筹募建校基金,结果获得大家的相争解囊,新校舍终于于一九六零年,在本埠吉打律,开始动工兴建。

        一座新校舍在一九六一年间完成,并在一九六三年四月十六日。敦请本邦教育部长端哈芝阿都哈密干驾临主持开幕。新校舍只有十间课室、一座礼堂和宿舍,因此学生分为上下午班上课。

        过后,学生不断增加,原有课室不敷容纳,故校方组成第二期建委会,拟定计划,扩建校舍。一座堂皇的二层楼校舍在一九七八年落成,接着一座新式的图书馆和食堂也在一九八零年建好。一九八三年,本校建委会,耗资十三千多元,使课室之设备更加完善。

        最近几年,本埠住宅区增多,屋业蓬勃发展,附近居民在本埠购买房屋的越来越多,这样一来,本校学子迅速增加。于198426日,教育局调升巴眼色海东华小学的罗明清副校长前来掌校。一九八四年九月,本校学生首次超越一千人。一九八五年二月底,全校学生人数有一千一百一十人;全校教职员有四十一位。适逢本埠在各方面都不断地发展,人口不断增加,同时在罗明清校长掌校之际获得社会人士大力支持,董事、家长和教职员密切合作下,希望不久的将来,新华将成为吉辇区最大规模的学校。

 

罗校长致力把学校行政推向高峰。在他掌校期间新华学校成绩逐年提高,而且在课外活动方面也有很好的表现,使新华学校校誉日隆,成为了霹雳州名校之一。罗校长终于1992528日荣休。

罗校长荣休后,其空缺没马上获得填补,故教育局委任赖顺来第一副校长暂代执行校长职责。赖副校长任代校长期间,获得黄少波医生董事长、家教协会主席范良初及董家教全体同仁的配合及给予协助,使学校校务及一切相关教育活动得顺利及有效地推行。

教育局于1993216日委派瓜拉牛拉的叶德立校长前来填补罗校长荣休后的空缺。叶校长掌校期间也非常注重学生福利及在学术及课外活动方面都有优异的表现。叶校长于1995115日荣休。叶校长荣休后,教育局委任李秀英第一副校长暂代执行校长职务直到教育局委派知知西廊民生学校校长郭侨隆校长前来掌校。资深的郭校长与本校四大机构配合无间,大力提升行政、学术、课外活动及纪律等,对学生的各项福利等更加关心与照顾。 在郭校长任期内,四大机构及热心人士的慷慨捐献之下,两个宏伟之牌楼耸立于两大门。成为县内首间拥有牌楼的华小,可喜可贺。坚固美观的围墙也在郭校长任期内完成。郭校长功成身退并于2001310荣休。                            郭校长荣休后,教育局调派瓜拉古楼育才学校校长李林宣校长前来接任。

李校长承续郭校长未完成的计划及愿景。李校长同样的在各方面给予提升及关注。整座学校建筑物于2010年获得热心人士林先生的慷慨赞助而粉刷上黄漆,旧貌换新颜。同时期,学校的每间课室也在热心人士的赞助下挂上了竹帘作遮阳之用。在任期间,李校长连同董家教领导人致力向中央政府、州政府、稻米局等部门申请学校旁的临时停车场成为学校资产之一以利发展学校。但屡次申请皆无下文,直到退休时仍遥遥无望。20115月,担任 长达18 年的范良初董事长也功成身退,卸下董事长一职。董事部议决委范良初为本校永久名誉董事长以褒扬他多年来为新华学校做出贡献之功绩。其董事长之职则由胡德贤接棒。李校长也于2011725日以卓越校长身份光荣退休,告别杏坛。

李校长荣休后,教育部委派来自瓜拉古楼的卓越校长赖顺来前来接任。赖校长曾于1989516日至1993331日担任本校第一副校长,并于1992529日至1993215日期间被教育局委为代校长。拥有18年余掌校经验的赖校长此次被调至本校服务,对本校环境、人事及四大机构应不会感到陌生,应可驾轻就熟。上任后他致力提升学校行政效率、学术、课外活动、学生纪律、人文问题及改善学习与工作环境。在董家教的配合下,学校的软硬体设备也逐步地改善与提升。

2011年底,董事部同意除去两排教室中间之30多颗树后把空地铺上洋灰,使到更有空间让学生进行各类活动。此项工程耗资约4千余令吉。

2012年董事部获得教育部15万令吉的拨款。于2012年底耗资18万余令吉的厕所落成。因教育部的拨款仅有15万令吉,不敷的3万余令吉则由董事部支付。有了全新的厕所,也解决了多年来厕所不符合卫生的困忧。同年,董事部也耗资约2万余令吉把行政楼的书记室、副校长室改装了并冷气化之,解决了闷热如烘炉的行政处,这应归功于董事部。胡德贤董事长于20134月以年事已高为由卸下董事长之职。胡董事长在任期间的贡献有目共睹,他任劳任怨地领导董事部。为此,董事部委他位本校永久名誉董事长以褒扬他对学校发展之丰功伟绩。胡董事长卸任后,董事长之重职便由热心为教育及在董事会服务多年且经验丰富的马瑞泽副董事长接任。

2013年,董事部再度再再度获得教育部的12万令吉拨款。这笔款项来得正是时候,因多年来不符合卫生标准的食堂急需提升及维修,耗资8万余令吉。其后,焕然一新的食堂,包括教职员用餐室、洗手间等终于在2013年底实现了。董事部也利用上述拨款为学校增添了100套学生桌椅及54套教师办公桌椅共费3万余令吉。教育部的拨款只有12万令吉,故不敷的两千余令吉由董事部支付。

 

随时间的流逝,食堂后的储藏库已破旧及受白蚁侵袭。因储藏库地势底,故常因淫雨而受淹水以致收藏在内之器材受损坏。有鉴于此,董事部议决重建新的一座耗资约5万余令吉的大储藏库以解决上述问题。为了确保和提升师生及学校财物的安全保障,董事部责无旁贷地为校方增添及维修侦视器,耗资了2万余令吉。

 

家教协会在谢贵华PKT的领导下也在2013年完成了两项大计即耗资16千余令吉为学校装置了中央播音系统及20万令吉完成装设15间精明课室及1间精明行动室,成为吉辇县首所华小全面实行精明器材作为辅助教学的学校。关心学生福利的家教协会也为学生进行了多项教育活动,不胜枚举。以上种种,足见董家教成员们都非常注重及关照学校师生的福利及致力提升学校的软硬体设备以期迈向优质教育的愿景。

2013年适逢百年校庆,在四大机构的配合下,隆重的百年校庆庆典活动也于20131117日(星期日)在新华学校校园及在理科大学分院的大礼堂引爆了。董事部及建委会也趁此意义非凡的盛会顺筹募扩建4层楼(16间课室)校舍及兴建一座多元用途大礼堂基金。此项计划获得各界热心人士的慷慨解囊,热烈响应,突破两百万令吉,成绩斐然,可喜可贺。

201411月,家教协会举办恳亲会获得各界热心人士的支持。

2015920日(星期日),本校家教协会与国家储蓄银行联办嘉年华暨筹募精明教学器材与家教协会活动基金。这项活动获得热心人士的鼎力支持,最终共筹得6万余令吉。 


 Sejarah Sekolah

     Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1913. Pengasas-pengasasnya terdiri daripada ahli-ahli Persatuan Pembaca-pembaca Sin Hua iaitu, En. Goh Siah Choon, En. Ng Yeh, En. Tan Loh Siong, En. Tan Leong Lian, En. Lim Hoon Bee, En. Ng Kiat Soon, En. Ng Kooi Eng, En. Ng Haw Cheong, En. Liu Chuang, En. Choo Soh Loong, En. Chuan Kee Kun, En. Heng Suat Thong, En. H`ng Poh Khim dan lain-lain. Tujuan penubuhan sekolah ini adalah untuk mendidik generasi muda yang akan datang.


Pada masa itu, bangunan sekolah Sin Hwa terletak di No. 11 rumah kedai, Jalan Sungai, Parit Buntar. Sumber modal penumbuhannya yang bernilai dua ribu ringgit itu merupakan wang dermaan daripada dermawan-dermawan tempatan. Tabung tersebut bertujuan untuk membeli kedai tersebut sebagai hak milik sekolah. Pungutan daripada tambang feri Sungai Kerian juga telah dijadikan sumber perbelanjaan sekolah ini.


Pada mulanya, bilangan murid hanya tiga puluh orang sahaja. Pada tahun 1927, bilangan murid bertambah sehingga seratus dua puluh orang. Seorang Guru Besar dan empat orang guru merupakan tenaga pengajar pada masa tersebut. Pada tahun 1928, bilangan murid terus bertambah. Bilangan staf mengajar turut bertambah menjadi tujuh orang.

Sekolah dan segala kelengkapannya telah dimusnahkan semasa serangan Jepun. Hal ini menyebabkan sekolah Sin Hwa terpaksa ditutup.


Pada tahun 1946, sekolah Sin Hwa telah dibuka semula. Pada tahun 1948, bilangan murid telah bertambah sehingga tiga ratus orang. Pada tahun 1957, bilangan murid telah meningkat lagi dan melebihi enam ratus orang. Bilangan guru juga bertambah sehingga sembilan belas orang. Dengan bertambahnya bilangan pelajar, para pengasas sekolah terasa bangunan sekolah perlu dinaiktarafkan.  Kempen memungut derma untuk membina bangunan sekolah telah dilancarkan oleh dermawan-dermawan dan penyokong-penyokong yang terdiri daripada semua lapisan masyarakat. Akhirnya sekolah berjaya mendapat bantuan wang dan sokongan daripada mereka yang murah hati.

Pada tahun 1960, pembinaan bangunan baru dimulakan di Jalan Kedah, Parit Buntar. Satu blok bangunan mula dibina.

 


Pembinaan siap pada tahun 1961 dan dirasmikan oleh Menteri Pendidikan  pada masa itu Tuan Haji Abdul Hamid Khan pada 16 April 1963. Bangunan baru mempunyai sepuluh buah bilik darjah, satu dewan dan asrama.  Jadi1, pengajaran dan pembelajaran dibahagi kepada  dua sesi.

Disebabkan bilangan murid terus bertambah, AJK Pembangunan Sekolah bercadang naik taraf bangunan sekolah. Bangunan baru berdua tingkat siap dibina pada tahun 1978. Sebuah pusat sumber dan kantin turut siap pada tahun 1980. Pada tahun 1983,  AJK Pembangunan Sekolah telah belanja sebanyak RM 13000 untuk menambahbaik kemudahan bilik darjah.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, perusahaan perumahan telah berkembang pesat di daerah ini, bilangan penghuni berdekatan yang membeli rumah di daerah ini juga kian bertambah. Dengan ini, murid-murid di sekolah juga banyak bertambah. Pada tahun 1984, En. Loo Ming Qing ditukar dari SJK(C) Tong Hwa ke SJK(C) Sin Hwa sebagai Guru Besar. Pada bulan September tahun 1984, bilangan murid melebihi seribu orang. Pada bulan Februari tahun1985, bilangan murid di sekolah ini seramai 1111 orang manakala bilangan staf sokongan seramai empat puluh satu orang.  Memandangkan perkembangan di kawasan Parit Buntar, penghuni kian bertambah, pada masa yang sama di bawah bimbingan Tuan Guru Besar dengan adanya sokongan daripada masyarakat iaitu kerjasama Lembaga Pengurus Sekolah, ibu bapa dan guru-guru, diharapkan sekolah Sin Hwa akan menjadi sebuah sekolah yang terbesar di daerah Kerian pada masa hadapan.

Sebagai guru besar, Encik Loh Ming Ching berusaha untuk meningkatkan pentadbiran sekolah ke tahap yang baru. Dalam tempoh perkhidmatan beliau, bukan sahaja prestasi sekolah meningkat dari tahun ke tahun, malahan aktiviti ko-kurikulum juga mempunyai prestasi yang baik. Dengan ini, reputasi sekolah kian meningkat, SJK(C) Sin Hwa telah berkembang menjadi salah sebuah sekolah terkenal di Perak. Akhirnya, Encik Loh Ming Cheng telah bersara pada 28 Mei 1992.

Selepas Encik Loh Ming Ching bersara, kekosongan tersebut tidak diisi dengan segera, jadi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melantik Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Lai Soon Lye menguruskan pentadbiran sekolah.  Dalam tempoh tersebut, Encik Lai Soon Lye mendapat sokongan dan bantuan Dr. Wong Siew Poh - Pengerusi Lembaga Pengurus Sekoah,  Pengerusi PIBG- Encik Fan dan semua pihak, oleh itu pentadbiran sekolah dan semua aktiviti pendidikan yang berkaitan telah dilaksana dengan lancar dan berkesan.

Pada 16 Februari 1993, KPM telah melantik Encik Yap Teik Lik, guru besar Kuala Gula untuk mengisi kekosongan jawatan Encik Loh. Semasa pengurusan Encik Yap Teik Li , beliau juga memberi keutamaan terhadap kebajikan pelajar. Selain itu, dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum dan tahap akademik juga mendapat keputusan yang cemerlang. Pada 15 Jan 1995, beliau telah bersara. Selepas Encik Yap besara, KPM juga melantik Penolong Kanan Pentadbiran untuk melaksanakan kerja-kerja guru besar secara sementara, sehingga KPM melantik Encik Kaok Keow Leng sebagai guru besar SJK(C) Sin Hwa.   Encik Kaok Keow Leng yang berpengalaman telah berkerjasama rapat dengan keempat-empat agensi sekolah, dengan ini beliau bukan sahaja banyak meningkatkan prestasi pentadbiran, akademik, aktiviti kurikulum dan disiplin murid, malahan lebih mengambil berat tentang kebajikan dan penjagaan murid. Dalam tempoh perkhidmatan beliau, dengan dermaan keempat-empat agensi sekolah dan masyarakat yang murah hati, dua pintu gerbang yang indah dibina di dua pintu pagar. Sekolah ini telah menjadi sekolah pertama yang mempunyai pintu gerbang dalam kalangan SJK(C) di daerah Kerian, hal ini memang merai-raikan. Di samping itu, dinding dan pagar yang indah juga diselesaikan dalam tempoh pengurusan Encik Kaok Keow Leng. Pada 10 Mac 2003, Encik Kaok Keow Leng telah bersara dengan besar hati. Selepas beliau bersara, KPM telah melantik Encik Lee Lim Suang dari SJK (C) Yuk Chai, Kuala Kurau untuk mengisi kekosongan tersebut.

Encik Lee Lim Suang meneruskan rancangan yang ditetapkan oleh Encik Kaok yang belum diselesai. Encik Lee juga banyak memberi perhatian dalam usaha peningkatan semua aspek. Pada tahun 2010, seluruh bangunan sekolah telah dicat warna kuning atas dermaan Encik Lim yang murah hati, sekolah pun menjadi cantik dan indah. Pada waktu yang sama, setiap kelas juga dipasang tirai buluh supaya dapat menghalang sinaran matahari. Dalam tempoh perkhidmatan beliau, Encik Lee memberi komitmen dengan Lembaga Pengurus Sekolah dan PIBG untuk memohon dan mendapat kebenaran daripada kerajaan supaya tempat letak kereta sementara di sebelah sekolah menjadi salah satu aset sekolah agar dapat memanfaatkan pembangunan sekolah. Namun demikian, permohonan ditolak berulang kali, sehingga persaraan beliau masih tiada perkembangan. Pada bulan Mei 2011, Encik Fan yang berkhidmat selama 18 tahun telah menacapai tujuannya dan meletakkan jawatan. Lembaga memutuskan untuk melantik Encik Fan sebagai pengerusi kehormat sekolah ini selama-lamanya untuk memberi penghargaan kepada beliau yang banyak menyumbang jasa dan pencapaian kepada sekolah ini selama beberapa tahun. Pengerusinya, diambil alih oleh Encik Goh(胡德贤).  Pada 25 Julai 2011, Encik Lee Lim Suang juga bersara dengan mendapat anugerah guru besar cemerlang.

Selepas Encik Lee Lim Suang bersara, KPM telah melantik Encik Lai Soon Lye, seorang guru besar cemerlang dari Kuala Kurau untuk memegang jawatan sebagai guru besar SJK(C)Sin Hwa. Beliau pernah bertugas di sekolah ini sebagai penolong kanan pentadbiran dari 16 Mei 1989 sehingga 31 Mac 1993. Di samping itu, beliau juga dilantik oleh PPD Kerian sebagai pemangku guru besar SJK(C) Sin Hwa dari 29 Mei 1992 sehingga 15 Februari 1993. Pengalaman Encik Lai dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah selama 18 tahun telah banyak membantu dalam tugas baru beliau. Selepas memegang jawatan ini, beliau telah berusaha meningkatkan prestasi sekolah daripada pelbagai segi, termasuk keberkesanan pentadbiran, bidang kurikulum, kokurikulum, sahsiah dan disiplin murid, serta penambaikkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran. Di atas kerjasama Lembaga Pengurus Sekolah, infrastuktur dan kemudahan sekolah juga telah ditambahbaikan.

Pada tahun 2011, Lembaga Pengurus Sekolah telah membuat keputusan untuk menebang 30 batang pokok di antara dua blok bilik darjah untuk membina tapak bersimen yang dapat menyediakan satu tempat lapang yang sesuai bagi para murid menjalankan pelbagai aktiviti. Peruntukan pembinaan tapak ini  melibatkan  kos sebanyak RM 4000.00.

Pada tahun 2012, Lembaga Pengurus Sekolah telah mendapat bantuan kewangan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia  (KPM) sebanyak RM150,000.00. Jumlah wang ini telah digunakan untuk membina tandas baharu bagi menyelesaikan masalah tandas lama yang gagal mencapai tahap kebersihan yang memuaskan. Walau bagaimanapun, peruntukan yang diberi oleh KPM untuk membina tandas baharu masih tidak mencukupi. Oleh itu, Lembaga Pengurus Sekolah Sin Hwa telah memberi bantuan kepada pihak sekolah dengan membiayai kos pembinaan tandas baharu yang selebihnya sebanyak RM 30,000.00. Pada masa yang sama, Lembaga Pengurus Sekolah juga telah membelanjakan wang sebanyak RM20,000.00 untuk memasang penyaman udara di pejabat pentadbiran sekolah serta pejabat penolong kanan. Usaha ini daripada Lembaga Pengurus Sekolah telah menyelesaikan masalah kepanasan di sekitar pejabat pentadbiran sekolah. Pada April 2013, Encik Goh meletak jawatannya sebagai pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah atas sebab usia beliau yang semakin meningkat. Encik Goh mengetuai Lembaga Pengurus Sekolah dengan kewibawaannya serta memberi banyak sumbangan kepada sekolah sepanjang beliau memegang jawatan pengerusi. Oleh itu, Lembaga memutuskan memberi penghargaan kepada beliau dengan jawatan pengerusi kehormat sekolah kerana sumbangan tinggi yang diberikan untuk perkembangan sekolah.  Jawatan Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah diambil alih oleh Encik Beh Hwee Chaik yang juga merupakan seorang yang berpengalaman dan bergiat dalam bidang pendidikan serta sudah lama berkhidmat sebagai timbalan pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah Sin Hwa.

Pada tahun 2013, Lembaga Pengurus Sekolah telah mendapat bantuan kewangan sebanyak RM120,000.00 daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Bantuan kewangan ini diberikan pada masa yang sesuai kerana kerja naik taraf dan pengubahsuaian kantin perlu dijalankan untuk menyelesaikan masalah kantin yang tidak mencapai piawai kebersihan yang ditetapkan. Kerja pengubahsuaian kantin telah siap pada tahun 2013, satu bilik makan guru dan tandas kantin baru telah dibina dalam projek ini. Jumlah wang yang telah digunakan untuk kerja naik taraf kantin ialah sebanyak RM 80,000.00. Lembaga Pengurus Sekolah juga menggunakan baki wang bantuan untuk membeli 100 set meja serta kerusi murid dan 54 set meja kerusi guru, jumlah wang yang digunakan untuk pembelian meja dan kerusi adalah sebanyak RM 30,000.00. Bantuan kewangan KPM yang diberikan adalah sebanyak RM120,000.00 sahaja, belanja selebihnya sebanyak RM2000.00 telah ditanggung oleh Lembaga Pengurus Sekolah.

Selepas suatu tempoh, stor kantin telah menjadi usang dan diserang serta dirosakkan oleh anai-anai. Disebabkan stor kantin yang terletak di tanah yang lebih rendah, barang-barang yang letak dalam stor sering rosak akibat banjir melanda semasa hujan berlaku. Oleh itu, Lembaga Pengurus Sekolah membuat keputusan untuk membina satu stor kantin baru demi menyelesaikan masalah ini, jumlah projek ini melibatkan kos sebanyak RM50,000.00. Selain itu, Lembaga Pengurus Sekolah juga membaiki dan menambah bilangan televisyen litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan sekolah untuk memastikan keselamatan harta benda serta para warga sekolah.

Di bawah kepimpinan YDP PIBG, Encik Cheah Kuee Huwa P.K.T, sekolah berjaya melaksanakan dua projek besar pada tahun 2013 yang melibatkan jumlan wang sebanyak RM 16,000.00 untuk sistem siaraya serta pemasangan papan interaktif (smart board) di bilik gerakan dan 15 buah bilik darjah yang membelanjakan wang sebanyak RM200,000.00. Kejayaan projek ini telah menjadikan SJK(C) Sin Hwa sebagai sekolah jenis kebangsaan cina pertama yang mengaplikasikan kemudahan interaktif untuk proses pembelajaran dan pengajaran di seluruh daerah Kerian. Di samping itu, Lembaga Pengurus Sekolah dan pihak PIBG juga menjaga kebajikan murid dengan menjalankan banyak aktiviti pendidikan di sekolah serta mempertingkatkan kemudahan infrastuktur untuk mencapai pendidikan yang berkualiti selaras dengan visi sekolah .

Tahun 2013 ialah sambutan ulangan tahun 100 tahun bagi SJK(C) Sin Hwa. Di bawah kerjasama empat organisasi utama sekolah, sambutan meriah ulangan tahun 100 tahun SJK(C) Sin Hwa telah dijalankan pada 17 November 2013 di SJK(C) Sin Hwa serta dewan Universiti Sains Malaysia (USM). Sempena sambutan yang bermakna ini,  Lembaga Pengurus Sekolah membuat keputusan untuk  mengutip dana bagi projek pembinaan blok baru yang mempunyai empat tingkat serta 16 buah bilik darjah dan pembinaan satu dewan serba guna. Projek ini mendapat sambutan hangat daripada semua pihak, kutipan dana berjaya mencecah RM 2 juta.

Pada November 2014, PIBG sekolah telah mengadakan satu jamuan ibu bapa dan guru, aktiviti ini mendapat sambutan hangat dan sokongan daripada semua pihak.

Pada 20 September 2015, PIBG sekolah bersama dengan pihak Bank Simpanan Nasional (BSN) telah mengadakan satu karnival untuk mengutip dana bagi kemudahan interaktif serta yayasan aktiviti PIBG. Program ini telah mendapat sokongan yang memberangsangkan dan akhirnya dapat mengumpul wang sebanyak RM60,000.00.

 








Comments